Bocor Dokumen Sulit | Perlu dikenakan tindakan

2022-09-22 0

Kebocoran dan keciciran maklumat sulit kerajaan termasuk dokumen penghakiman tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pentadbiran di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perbuatan itu mendedahkan sisi tidak bertanggungjawab segelintir penjawat awam di negara ini.